Tersenyum dia melihat lukisan di tepi jalanan

Mewarnakan dinding-dinding kusam di sekeliling

Seperti cahaya yang menerangi lorong yang kelam

Senyumannya seperti matahari timbul pada pagi yang hening

 

Pelukis yang tadinya lesu menjadi hidup

Menikmati perhatian dari gadis cina itu

Diterangkan arti lukisan yang dilihatnya dengan cukup

Menikmati lagi persoalan yang diberi tanpa membatu

 

Dia berhasrat untuk berlalu tanpa membeli

Pelukis itu katakan tidak apa kepadanya

Cukup sudah ada insan yang hadir dan cuba memahami

Menanyakan maksud dan erti di sebalik karyanya

 

Gadis cina itu melangkah berlalu pergi

Mewarnakan setiap jalan-jalan yang dilalui

Dengan senyuman yang murah diberi

Menerangi setiap hati yang suram di sisi.

_________________________________________________________________

Tujuan kewujudan sememangnya untuk ilahi

Diri manusia sedar akan ketentuan ini

Tetapi angkuh menerima sesuatu ketetapan

Tidak pernah puas akan nikmat dan sogokan

Nafsu merombak buas terhadap limitasi diri

Mahukan lebih daripada mempunyai erti

Terpesong di dalam persoalan dan mimpi

Desas desus kekusutan dari bisikan isi hati

Resah sentiasa langkah-langkah yang dituruti

Tanpa hala tuju yang pasti.

_________________________________________________________________

Dedaunan bunga sakura yang gugur di laman

Melihatkan jodoh kita bertemu di Shinjuku

 

Aku terpaku pada wajahmu dan tergamam

Masa yang terhenti ketika mata kita bertemu

 

Hendak aku alihkan pandangan

Tetapi tidak sanggup hatiku katakan

 

Apa yang aku hendak bicara

Bahasamu tidak ku tahu pula

 

Kau juga masih melihatku dari sana

Aku tahu kerana mata kita sedang bermesra

 

Mungkin kau juga tidak tahu caranya

Biarkanlah seketika detik ini masih ada